ASSALAMUALAIKUM W.B.T

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Khamis, 8 Januari 2015

UPDATE BLOG

Assalamualaikum..hai....lame sangat2 tak update blog.. Korang apa khabar semua.. Harap2 nye semua sehat.. Kalau tak sehat jangan lupa makan ubat..

Sebenarnya banyak sangat benda fiza nak kongsikan pada korang semua, tapi kena take time la kan..hehe.. Ok la semua, nanti fiza akan kongsikan. Tapi yang pastinya berita baik untuk semua kaum wanita.. Tungguuu..hehe.. Sabar tau..

Assalamualaikum.. :)

Rabu, 18 Disember 2013

MELAKA WONDERLAND

Assalamualaikum.. Hai.. Ape khabar semua, harap semuanye sehat. Rindunye kat korang.. Rindunye kat blog.. Korang nak tau tak. Hari sabtu hari tu kitorang pegi MELAKA WONDERLAND, family day. Sape pernah pegi MELAKA WONDERLAND? Kalau tak pernah pegi lagi, cube korang pegi, tapi budak-budaklah yang paling seronok skali. Kitorang sewa 1 homestay kat air keroh. Ok la jugak. Besar rumah tu.

Hari sabtu pagi kitorang bertolak dari KL dan sampai sane terus menuju ke Melaka Wonderland. Biasalah budak-budak, nampak je air tak sabar-sabar nak mandi. Biasalah time cuti skolah nie ramai orang bawak anak-anak jalan. Dalam 2 ke 3 jam hujan turun. Masa kitorang sampai tu pun hari memang da mendung. Tapi biasalahkan bukan slalu dapat mandi macam tu kan. Hujan ke tak hujan ke redah je janji dapat main air. Hehe.. Kat Melaka Wonderland tu bukan setakat boleh mandi je, tapi ade jugak permainan seperti paint ball, go kart dan taman dinosour pun ade jugak.

Petang dalam pukul 5 kitorang gerak plak ke homestay. Masing-masing da lapar. Sampai saje di homestay, kitorang pun turunkan barang, kemas-kemas ape yang patut. Lepas tu trus makan. Hehe.. Masing-masing da lapar. Lepas makan kitorang semua buat hal masing-masing. Ada yang tengok tv, mengemas barang-barang, berehat-rehat. Yang bestnye homestay tempat kitorang duduk nie ade mesin basuh. Jarang homestay ade mesin basuhkan. Ape lagi, baju-baju yang dipakai mandi tadi kitorang pun basuh trus, nanti takde la banyak sangat beg yang nak dibawak. Hehe..

Keesokkannye kitorang bersiap-siap plak untuk ke destinasi seterusnye, zoo melaka.  Boleh tahan jugak nak berjalan dalam zoo tu. Macam-macam binatang, haiwan ade. selepas beberapa jam pusing-pusing dalam zoo tu, kitorang pegi mencari tempat makan sebelum kitorang balik KL. Selesai makan kitorang trus gerak balik KL, maklumlah isnin kan masing-masing nak kje. Sampai KL pun da gelap. Balik sampai rumah je masing-masing da kepenatan..

Inilah cerita fiza untuk kali nie. Korang cubelah ke Melaka Wonderland. Okla, sampai disini dulu yang fiza dapat kongsikan. Nanti fiza update lagi ok cerita  kat blog fiza nie ye.
Selamat malam..
Assalamualaikum..

Ahad, 24 November 2013

TRUEWHITE

Assalamualaikum semua.. Hello.. Apa khabar.. Jumpa lagi kita di entry yang baru. Semua sehat ke? Kalau tak sehat jangan ubat tau nanti lambat pulak sehat. Hehehe.. Dalam ramai-ramai antara kita nie mesti ada yang bekerja sendiri, bekerja dengan orang, ada yang tak kerja kan, betul tak? Macam fiza sendiri pun tak bekerja hanya buat online dirumah je.Apa-apa pun tak kisah la kan apa pun pekerjaan yang kita lakukan janji HALAL, TAK MENYALAHI UNDANG-UNDANG, dan BERKAT. Alhamdulillah, selagi kita usaha, selagi tu ada rezeki untuk kita yang Allah berikan. Syukur Alhamdulillah. Fiza nak cerita skitla ngan korang semua apa barang yang fiza jual. Korang pun bolehla tengok-tengok atau nak tau lebih lanjut mengenai barang-barang nie.



Korang pernah dengar tak TRUEWHITE?? Ok fiza terangkan skit mengenai produk nie. TRUEWHITE nie adalah minuman COLAGEN yang menjaga Dalaman dan Luaran, Dari Hujung Rambut Sampai Hujung Kaki. Ini adalah kelebihan utama TrueWhite:



TRUEWHITE nie di perbuat dari tiga bahan penting untuk kulit, iaitu COLAGEN, L-GLUTATHION DAN EKSTRAK SAKURA. Juga mengandungi ekstrak tomato, ekstrak delima, ekstrak manggis, ekstrak lemon dan vitamin C.


Tiga ramuan ini amat penting untuk penjagaan kulit kita. Tanpa ramuan ini, apabila usia kita meningkat sedikit demi sedikit kulit kita akan mengalami garis halus, kulit kusam, tidak bermaya dan hilang seri.

Ini adalah contoh testimoni yang telah menggunakan produk TRUEWHITE..


Lelaki juga boleh menggunakan TRUEWHITE





ada juga wanita yang berumur menggunakan TRUEWHITE






Ini adalah sebahagian testimoni yang menggunakan TRUEWHITE.

TrueWhite nie bukan je perempuan, malah lelaki pun bole jugak minum tau. Zaman sekarang nie pun kaum adam da pandai jaga penampilan tau haa.. jangan tak tahu..

 Alhamdulillah Sejak fiza buat bisnes nie, ada saje orang tanya mengenai produk nie dan tak putus-putus orang order. Fiza bersyukur sangat-sangat. dan kalau korang nak mencuba TrueWhite nie pun Bole je. Takde halangan pun, malah korang pun boleh buat pendapatan sampingan tau. Betull.. Kalau korang nak tau boleh whatsapp fiza terus k, nanti fiza akan bagitau korang macam mana nak buat. hehe.. Jangan risau. Fiza suka berkongsi dengan sesiapa je yang nak tau atau nak cari pendapatan tambahan.In shaa Allah, Fiza akan bantu korang. Kalau tak percaya, whatsapp la fiza sekarang. hehe.. Jangan risau, fiza tak sombong. Fiza suka dengan orang yang friendly nie..

Oklah korang, sampai sini dulu perkongsian fiza kali ini k. Jangan nakal-nakal. Mana adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan SPM tu, banyak-banyak berdoa, selawat tau. Jangan risau, kalau korang da buat persediaan awal-awal in shaa Allah boleh buat, betul tak? Eh macam cikgu pulak. hehe.. Ok adik-adik... Slamat berjaya. Kalau ada masa nanti fiza akan update entry baru ok.. Assalamualaikum.. bye...

Ahad, 10 November 2013

MASA

Assalamualaikum semuaaaa!!!

Apa khabar sehat ke? Diharapkan semua sehat. Fiza mintak maaf sangat-sangat sebab da lama tak update blog. Sekarang nie fiza buzy skit. Dalam masa yang sama rindu sangat-sangat nak menulis blog. Blokwalking pun da lama tak buat, mintak maaf ye kawan-kawan. Mintak maaf banyak-banyak. Bukan taknak blogwalking tapi kesuntukkan masa. In shaa Allah ada masa fiza akan cuba sedaya upaya untuk curi masa untuk blogwalking blog korang ye.

Banyak benda yang fiza nak share dengan korang sebenarnya, terlalu banyak. Hari tu fiza dan suami bawa anak jalan-jalan pegi akuaria KLCC. Tiket untuk dewasa Rm38 seorang, kanak-kanak Rm28 seorang. Kalau 2 tahun kebawah percuma je.

 Korang ingat tak fiza ada cerita yang fiza pegi melaka tu, ingat tak....ingat tak...? Yang fiza tumpang tidur rumah member suami fiza dekat melaka tu? Anak dia la yang mengajak kitorang ke akuaria tu. Hehe.... Biasa la, anak dia sorang, anak tunggal plak tu. Ibu ngan ayah ikut je la. Hehe...

Macam-macam ikan ada, besar-besar plak tu. Anak fiza tengok sampai menangis-nangis takut. Ye la tak pernah tengok ikan besar-besar macam tu. Tapi mula-mula je menangis da lama-lama ok je. Lagi seronok plak dia dapat tengok ikan. Hehe... Siap posing-posing dekat ikan tu nak ambik gambar. Dekat akuaria tu bukan ikan je yang ada binatang / serangga pun ada macam labah-labah, kala jengking, cacing, macam-macam lagi la. Ada jenis binatang / serangga yang kita tak pernah tengok pun ada disitu. Kalau bagi budak-budak seronoklah tengok. Tapi kitorang pergi tak lama pun. Sebab orang melaka tu tinggalkan kereta dorang dekat stesen komuter. Lepas makan fiza hantar dorang dekat stesen KL Sentral. Lepas nie taktau la bila lagi dorang nak turun KL. Huhu...

Okay la korang. Sampai sini dulu cerita fiza kali ini. Ada masa fiza update lagi tau. Fiza nak mintak maaf sekali lagi sebab tak sempat nak blogwalking blog korang. Nanti fiza akan curi masa untuk blogwalking blog korang tau. Korang jangan plak tak blogwalking blog fiza k. Fiza hargai korang yang datang singgah blog fiza. Terima kasih sangat-sangat. Assalamualaikum.....

Jumaat, 18 Oktober 2013

MELAKA

Assalamualaikum semua. sori ye kawan-kawan, adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang sekalian. Lambat skit sambungan entri da dua tiga hari baru sambung. Sori tau, sori tau. hehe... Ok nie part 2...

11 OKT 13- Esok tu kitorang pegi jalan-jalan kat melaka. Kawan suami fiza plak pegi nilai ambil anaknya. First skali kitorang pegi pantai. Saje la jalan-jalan tengok pantai kat melaka plak. Pantai klebang. Korang pernah pegi tak? Dan satu lagi fiza dengar orang cakap coconut shake kat situ sedap, betul ke? Sape orang melaka boleh bagitau tak? Tapi masa fiza ke sana ada la fiza nampak dua tiga gerai kat situ tapi semuanya tutup. Tak dapatla fiza merasa coconut shake kat melaka tu. Kalau fiza nak ke sana lagi tak tau la bila lagi nak ke sana. Hmm...

Tak lama lepas tu kitorang pegi tengok kapal selam plak. Kiranya kitorang nie bernasib baik jugak la kan. Sebab sebelum nie ada yang pegi tak dapat masuk ke dalam, tengok luar je. Tapi kitorang dapat merasa la masuk dalam kapal tu. Tiket untuk dewasa RM1.00 kanak-kanak RM0.50. Masa operasi pukul 9pg - 5ptg (isnin hingga khamis). 9pg - 6.30ptg (jumaat hingga ahad). Masa kitorang pegi tu, orang tak ramai. Ada la rasa macam takut-takut jugakla kat dalam tu. Nie first time fiza masuk dalam kapal selam. Dalam kapal tu sebelah depan skali bahagian enjin, ada dapur (tempat masak), sinki, katil ( ada 2 bahagian, 1 tempat tidur pegawai pemerintah,1 lagi tempat staff), tempat berehat. Laluan dalam kapal tu sempit sangat. Sape-sape yang tak pernah tengok kapal selam secara dekat atau tak pernah masuk dalam kapal selam tu, bole la datang ke melaka ye. hehe...

Lepas kitorang da puas berjalan-jalan tu, perut terasa lapar plak. Kitorang singgah makan di Hang Tuah Mall. Lepas makan kitorang pegi semula ke rumah kawan suami fiza tu. Dalam dua tiga jam duduk-duduk di rumah kawan suami fiza tu. kitorang balik semula ke Kuala Lumpur. Dalam perjalanan kitorang dari melaka, dari jauh nampak asap hitam berkepul-kepul. Jalan jem plak. Rupa-rupanya ada lori terbakar.
Alhamdulillah fiza sekeluarga selamat sampai ke rumah.

Oklah korang, entri fiza berakhir di sini. nanti fiza sambung lagi ok. Assalamualaikum.... Selamat malam...

Rabu, 16 Oktober 2013

Anniversary

Assalamualaikum semua. Fiza nak mintak maaf sangat-sangat kat korang semua sebab tak sempat nak update blog. Sebenarnya banyak sangat benda fiza nak share kat korang tau. Tapi tu la, bila fiza nak update ada je yang mengganggu. Itu la ini la hmm...
Ok kali nie fiza nak citer untuk date 10 OCT13. Jeng...jeng...jeng.... Tarikh ape tu. Nak tau tak... Nak tau tak.....

Tu la tarikh keramat dalam hidup fiza, anniversary. Masuk tahun nie da 3 tahun usia perkahwinan kami. Dan di kurniakan seorang baby boy. Alhamdulillah, sekarang nie pun da berusia 2 tahun lebih. Korang ingat tak fiza ada tanya korang pulau mana yang best? Ingat tak? Kalau tak ingat korang tengok la entri fiza yang lepas ye. Hehe... Tapi tu la fiza tak berkesempatan pun nak ke sana. Fiza pegi melaka je, sebab suami fiza pun tak dapat cuti panjang.

Sebenarnya tak bercadang pun nak pegi ke melaka. Dalam perjalanan tu terfikir-fikir gak nak ke mana kan. Fiza tanya suami “kita nak ke mana nie?” suami tanya fiza balik. “ayang nak gi mana?” Kami berpandangan sesama sendiri, suami tengok fiza, fiza tengok suami. “kita gi mane-mane je la yang sampai” kata suami fiza. Aiikkk... Alahai.. cam tak best je....

Fiza tengok signboard menghala ke melaka. “Nie soheh la ke melaka agaknya nie” fiza cakap dalam hati. Dalam perjalanan nak ke melaka tu ada excident, kereta audi. Sebelum excident tu kereta audi tu laju je potong kitorang. Tak lama pastu nampak kereta excident tersadai tepi jalan. Keadaan kereta tu melawan arus, depan kemek skit, cermin sebelah penumpang retak skit.  bayangkanla kereta audi tu  pun boleh kemek camtu, kalau kereta lain camner agaknya kan...

Tak lama pastu fiza tengok, soheh ke melaka. Alhamdulillah fiza sekeluarga selamat sampai. Kebetulan dekat situ ada rumah kawan suami fiza, kitorang singgah ke sana. Kitorang duduk-duduk, rehat-rehat, berbual-bual, makan-makan hari pun da gelap....

Kitorang ingat nak stay kat chalet je malam tu. Puas jugakla kitorang mencari, 3 ke 4 tempat la jugak kitorang cari tapi hampeh, tak jumpa pun. Ada 1 tempat tu kitorang pegi, tengok dalam gambar ok la cantik tapi bila da sampai tempat tu, takut pun ada gak nak masuk. Tempat tu macam da lama je, pastu tengok chalet tu, tak macam chalet langsung. Tak tau la nak cakap apa. Bukan memilih, tapi kalau da keadaan camtu sapa nak pegi kan. Kalau korang tengok tak tau la. Ye la kita pegi berjalan nie bukannya selalu, nak la stay tempat yang ok skit tapi kalau da macam tu punya gaya tempat, fiza rasa tak pegi pun takpe kot. Lepas tu kitorang pun teruskan perjalanan cari chalet tempat lain plak. Yang nak dicari chalet tapi homestay plak yang timbul. Suami fiza plak cakap, “kalau takde kita tido hotel je malam nie”. Hmmm... Fiza fikir dari tido hotel, nie pun da pukul brape, alang-alang je kot kalau tido hotel. Nanti pukul 12pm nak check out plak, da rugi kat situ. Last-last fikir punya fikir, tido aje la rumah kawan suami tadi. Hehe... Nak buat macam mana kan. Sebelum tu memang kawan suami tu ada ajak tido rumah dia tapi segan la plak kan. Nak tak nak, tido la jugak rumah dia. Hehe...

Ok la korang nanti fiza sambung cerita lagi ye sambungan cerita fiza nie. Fiza akan cerita mana tempat fiza pegi ngan family fiza kat melaka tu. Tunggu tau...

*sorry ye kawan-kawan gambar takde. Bukan takde gambar tapi laptop fiza rosak. Tak tau la bila dapat yang baru. Huhu... Tunggu je la... Nanti kalau ada laptop fiza upload gambar ye insyaallah. Tengokla kene pinjam kat adik nie laptop tu.hehe... Tapi laptop dy pun 2x5 gak, takde bluetooth la, usb pun tak boleh pakai. Huhu...

Assalamualaikum... Selamat malam..... :)

Khamis, 3 Oktober 2013

RAHSIA AL-FATIHAH DALAM KEHIDUPAN KITA

Assalamualaikum semua. Hai... fiza nak kongsikan kat sini RAHSIA AMALAN SURAH AL-FATIHAH DALAM KEHIDUPAN KITA. Dari facebook Keharmonian Rumahtangga...







SAYANG KORANG

Terima kasih kerana sudi singgah di blog fiza. Jangan lupa follow fiza ye nanti fiza akan follow korang balik. Jangan lupa juga untuk tinggalkan komen-komen korang disini. Jumpa lagi .....