ASSALAMUALAIKUM W.B.T

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Rabu, 16 Oktober 2013

Anniversary

Assalamualaikum semua. Fiza nak mintak maaf sangat-sangat kat korang semua sebab tak sempat nak update blog. Sebenarnya banyak sangat benda fiza nak share kat korang tau. Tapi tu la, bila fiza nak update ada je yang mengganggu. Itu la ini la hmm...
Ok kali nie fiza nak citer untuk date 10 OCT13. Jeng...jeng...jeng.... Tarikh ape tu. Nak tau tak... Nak tau tak.....

Tu la tarikh keramat dalam hidup fiza, anniversary. Masuk tahun nie da 3 tahun usia perkahwinan kami. Dan di kurniakan seorang baby boy. Alhamdulillah, sekarang nie pun da berusia 2 tahun lebih. Korang ingat tak fiza ada tanya korang pulau mana yang best? Ingat tak? Kalau tak ingat korang tengok la entri fiza yang lepas ye. Hehe... Tapi tu la fiza tak berkesempatan pun nak ke sana. Fiza pegi melaka je, sebab suami fiza pun tak dapat cuti panjang.

Sebenarnya tak bercadang pun nak pegi ke melaka. Dalam perjalanan tu terfikir-fikir gak nak ke mana kan. Fiza tanya suami “kita nak ke mana nie?” suami tanya fiza balik. “ayang nak gi mana?” Kami berpandangan sesama sendiri, suami tengok fiza, fiza tengok suami. “kita gi mane-mane je la yang sampai” kata suami fiza. Aiikkk... Alahai.. cam tak best je....

Fiza tengok signboard menghala ke melaka. “Nie soheh la ke melaka agaknya nie” fiza cakap dalam hati. Dalam perjalanan nak ke melaka tu ada excident, kereta audi. Sebelum excident tu kereta audi tu laju je potong kitorang. Tak lama pastu nampak kereta excident tersadai tepi jalan. Keadaan kereta tu melawan arus, depan kemek skit, cermin sebelah penumpang retak skit.  bayangkanla kereta audi tu  pun boleh kemek camtu, kalau kereta lain camner agaknya kan...

Tak lama pastu fiza tengok, soheh ke melaka. Alhamdulillah fiza sekeluarga selamat sampai. Kebetulan dekat situ ada rumah kawan suami fiza, kitorang singgah ke sana. Kitorang duduk-duduk, rehat-rehat, berbual-bual, makan-makan hari pun da gelap....

Kitorang ingat nak stay kat chalet je malam tu. Puas jugakla kitorang mencari, 3 ke 4 tempat la jugak kitorang cari tapi hampeh, tak jumpa pun. Ada 1 tempat tu kitorang pegi, tengok dalam gambar ok la cantik tapi bila da sampai tempat tu, takut pun ada gak nak masuk. Tempat tu macam da lama je, pastu tengok chalet tu, tak macam chalet langsung. Tak tau la nak cakap apa. Bukan memilih, tapi kalau da keadaan camtu sapa nak pegi kan. Kalau korang tengok tak tau la. Ye la kita pegi berjalan nie bukannya selalu, nak la stay tempat yang ok skit tapi kalau da macam tu punya gaya tempat, fiza rasa tak pegi pun takpe kot. Lepas tu kitorang pun teruskan perjalanan cari chalet tempat lain plak. Yang nak dicari chalet tapi homestay plak yang timbul. Suami fiza plak cakap, “kalau takde kita tido hotel je malam nie”. Hmmm... Fiza fikir dari tido hotel, nie pun da pukul brape, alang-alang je kot kalau tido hotel. Nanti pukul 12pm nak check out plak, da rugi kat situ. Last-last fikir punya fikir, tido aje la rumah kawan suami tadi. Hehe... Nak buat macam mana kan. Sebelum tu memang kawan suami tu ada ajak tido rumah dia tapi segan la plak kan. Nak tak nak, tido la jugak rumah dia. Hehe...

Ok la korang nanti fiza sambung cerita lagi ye sambungan cerita fiza nie. Fiza akan cerita mana tempat fiza pegi ngan family fiza kat melaka tu. Tunggu tau...

*sorry ye kawan-kawan gambar takde. Bukan takde gambar tapi laptop fiza rosak. Tak tau la bila dapat yang baru. Huhu... Tunggu je la... Nanti kalau ada laptop fiza upload gambar ye insyaallah. Tengokla kene pinjam kat adik nie laptop tu.hehe... Tapi laptop dy pun 2x5 gak, takde bluetooth la, usb pun tak boleh pakai. Huhu...

Assalamualaikum... Selamat malam..... :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAYANG KORANG

Terima kasih kerana sudi singgah di blog fiza. Jangan lupa follow fiza ye nanti fiza akan follow korang balik. Jangan lupa juga untuk tinggalkan komen-komen korang disini. Jumpa lagi .....