ASSALAMUALAIKUM W.B.T

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Jumaat, 18 Oktober 2013

MELAKA

Assalamualaikum semua. sori ye kawan-kawan, adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang sekalian. Lambat skit sambungan entri da dua tiga hari baru sambung. Sori tau, sori tau. hehe... Ok nie part 2...

11 OKT 13- Esok tu kitorang pegi jalan-jalan kat melaka. Kawan suami fiza plak pegi nilai ambil anaknya. First skali kitorang pegi pantai. Saje la jalan-jalan tengok pantai kat melaka plak. Pantai klebang. Korang pernah pegi tak? Dan satu lagi fiza dengar orang cakap coconut shake kat situ sedap, betul ke? Sape orang melaka boleh bagitau tak? Tapi masa fiza ke sana ada la fiza nampak dua tiga gerai kat situ tapi semuanya tutup. Tak dapatla fiza merasa coconut shake kat melaka tu. Kalau fiza nak ke sana lagi tak tau la bila lagi nak ke sana. Hmm...

Tak lama lepas tu kitorang pegi tengok kapal selam plak. Kiranya kitorang nie bernasib baik jugak la kan. Sebab sebelum nie ada yang pegi tak dapat masuk ke dalam, tengok luar je. Tapi kitorang dapat merasa la masuk dalam kapal tu. Tiket untuk dewasa RM1.00 kanak-kanak RM0.50. Masa operasi pukul 9pg - 5ptg (isnin hingga khamis). 9pg - 6.30ptg (jumaat hingga ahad). Masa kitorang pegi tu, orang tak ramai. Ada la rasa macam takut-takut jugakla kat dalam tu. Nie first time fiza masuk dalam kapal selam. Dalam kapal tu sebelah depan skali bahagian enjin, ada dapur (tempat masak), sinki, katil ( ada 2 bahagian, 1 tempat tidur pegawai pemerintah,1 lagi tempat staff), tempat berehat. Laluan dalam kapal tu sempit sangat. Sape-sape yang tak pernah tengok kapal selam secara dekat atau tak pernah masuk dalam kapal selam tu, bole la datang ke melaka ye. hehe...

Lepas kitorang da puas berjalan-jalan tu, perut terasa lapar plak. Kitorang singgah makan di Hang Tuah Mall. Lepas makan kitorang pegi semula ke rumah kawan suami fiza tu. Dalam dua tiga jam duduk-duduk di rumah kawan suami fiza tu. kitorang balik semula ke Kuala Lumpur. Dalam perjalanan kitorang dari melaka, dari jauh nampak asap hitam berkepul-kepul. Jalan jem plak. Rupa-rupanya ada lori terbakar.
Alhamdulillah fiza sekeluarga selamat sampai ke rumah.

Oklah korang, entri fiza berakhir di sini. nanti fiza sambung lagi ok. Assalamualaikum.... Selamat malam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAYANG KORANG

Terima kasih kerana sudi singgah di blog fiza. Jangan lupa follow fiza ye nanti fiza akan follow korang balik. Jangan lupa juga untuk tinggalkan komen-komen korang disini. Jumpa lagi .....