ASSALAMUALAIKUM W.B.T

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Khamis, 3 Oktober 2013

MUSIM

Assalamualaikum rakan-rakan, kawan-kawan dan sahabat-sahabat semua. Hendaknya sehat la semua. Kalau tak sehat jangan lupa makan ubat. Fiza pegi rumah mak dekat cheras. Tengok anak buah demam, selsema, batuk. Kesian tengok, merengek-rengek je sebab tak sedap badan. Biasa la budak baru umur setahun lebih. Kalau kita yang dewasa nie pun rasa tak larat apetah lagi dia budak kan. Bila anak buah da sehat, adik bongsu fiza plak demam. Bersambung-sambung, lepas sorang, sorang. Musim demam sekarang nie.

Biasa la demam, batuk, selsema mudah sangat berjangkit. Nanti bila dah baik, orang lain plak yang kena, bergilir-gilir. Kalau budak kecil, paham je la, susah nak makan ubat. Kalau tau je nak bagi makan ubat, mesti lari. Da kena kejar satu rumah. Da main kejar-kejar plak. hehe...

Kalau kita nak hilangkan panas badan, korang ambik sikit asam jawa lepas tu campur sikit air. Gaul-gaulkan sampai asam jawa tu sebati ngan air tu pastu sapu satu badan. In Shaa Allah panas tu kebah sikit. Satu lagi ambil daun bunga raya agak-agak korang la banyak mana lepas tu bubuh sikit air, Ramas-ramas sampai berlendir sikit lepas tu sapu satu badan, In Shaa Allah ok. Kalau batuk plak, korang bagi la madu. Yela ubat kan budak-budak tak suka, jadi bagi je madu, settle. Kalau selsema nie setahu fiza takde ubat. Tapi ada orang cakap sapu kunyit hidup kat hidung. Kuning la nampaknye batang hidung tu nanti. hehe...

Ok la ye sampai sini dulu la fiza kongsi petua. Kalau korang ada petua lain kongsi-kongsi la kat sini ok. Assalamualaikum... Jumpa lagi. Bye...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAYANG KORANG

Terima kasih kerana sudi singgah di blog fiza. Jangan lupa follow fiza ye nanti fiza akan follow korang balik. Jangan lupa juga untuk tinggalkan komen-komen korang disini. Jumpa lagi .....