GOOGLE+ FOLLOWER

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Ahad, 10 November 2013

MASA

Assalamualaikum semuaaaa!!!

Apa khabar sehat ke? Diharapkan semua sehat. Fiza mintak maaf sangat-sangat sebab da lama tak update blog. Sekarang nie fiza buzy skit. Dalam masa yang sama rindu sangat-sangat nak menulis blog. Blokwalking pun da lama tak buat, mintak maaf ye kawan-kawan. Mintak maaf banyak-banyak. Bukan taknak blogwalking tapi kesuntukkan masa. In shaa Allah ada masa fiza akan cuba sedaya upaya untuk curi masa untuk blogwalking blog korang ye.

Banyak benda yang fiza nak share dengan korang sebenarnya, terlalu banyak. Hari tu fiza dan suami bawa anak jalan-jalan pegi akuaria KLCC. Tiket untuk dewasa Rm38 seorang, kanak-kanak Rm28 seorang. Kalau 2 tahun kebawah percuma je.

 Korang ingat tak fiza ada cerita yang fiza pegi melaka tu, ingat tak....ingat tak...? Yang fiza tumpang tidur rumah member suami fiza dekat melaka tu? Anak dia la yang mengajak kitorang ke akuaria tu. Hehe.... Biasa la, anak dia sorang, anak tunggal plak tu. Ibu ngan ayah ikut je la. Hehe...

Macam-macam ikan ada, besar-besar plak tu. Anak fiza tengok sampai menangis-nangis takut. Ye la tak pernah tengok ikan besar-besar macam tu. Tapi mula-mula je menangis da lama-lama ok je. Lagi seronok plak dia dapat tengok ikan. Hehe... Siap posing-posing dekat ikan tu nak ambik gambar. Dekat akuaria tu bukan ikan je yang ada binatang / serangga pun ada macam labah-labah, kala jengking, cacing, macam-macam lagi la. Ada jenis binatang / serangga yang kita tak pernah tengok pun ada disitu. Kalau bagi budak-budak seronoklah tengok. Tapi kitorang pergi tak lama pun. Sebab orang melaka tu tinggalkan kereta dorang dekat stesen komuter. Lepas makan fiza hantar dorang dekat stesen KL Sentral. Lepas nie taktau la bila lagi dorang nak turun KL. Huhu...

Okay la korang. Sampai sini dulu cerita fiza kali ini. Ada masa fiza update lagi tau. Fiza nak mintak maaf sekali lagi sebab tak sempat nak blogwalking blog korang. Nanti fiza akan curi masa untuk blogwalking blog korang tau. Korang jangan plak tak blogwalking blog fiza k. Fiza hargai korang yang datang singgah blog fiza. Terima kasih sangat-sangat. Assalamualaikum.....

SAYANG KORANG

Terima kasih kerana sudi singgah di blog fiza. Jangan lupa follow fiza ye nanti fiza akan follow korang balik. Jangan lupa juga untuk tinggalkan komen-komen korang disini. Jumpa lagi .....