ASSALAMUALAIKUM W.B.T

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Sabtu, 7 September 2013

Peperiksaan UPSR

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Jumpa lagi kita sekali di sini. Fiza harap semuanya sihat2 la hendaknya. Kepada adik2 tahun 6 nie, isnin minggu depan nak UPSR betul kan? Bagaimana persediaan adik2 semua, ok ker? Kalau boleh, pada hari peperiksaan nanti adik2 datanglah ke sekolah awal skit nanti takde lah kelam kabut, sementara menunggu loceng berbunyi, adik2 boleh ulangkaji dulu mane yang adik2 lupa, tengok formula atau format sebelum peperiksaan bermula. Ok di sini kak fiza nak bagi tips skit kat adik2 semua. Sebelum masuk ke dalam kelas, jangan lupa alat2 menulos adik2 seperti pensil, pen, pemadam dan pembaris. Adik2 juga hendaklah membaca doa terlebih dahulu. Kemudian bila adik2 dapat kertas peperiksaan, baca dan fahamkan dahulu soalan yang diberikan. Lepas tu buat dahulu soalan yang mudah terlebih dahulu, yang susah skit adik2 buat kemudian. Jangan lupa masa yang diberikan kepada adik2. Jangan mengambil masa terlalu lama untuk menyiapkan 1 jawapan kerana banyak lagi soalan yang perlu di jawab. Ingat semula apa yang di ajar oleh cikgu adik2 sebelum peperiksaan seperti formula atau format yang diberikan oleh cikgu kepada adik2. Semoga adik2 dapat membuat atau menjawab peperiksaan dengan sebaik-baiknya. jika tak faham soalan, baca sekali lagi dan fahamkan. Beri perhatian pada setiap soalan yang diberikan. Akhir sekali, kak fiza ucapkan selamat maju jaya. Jangan lupa pesan kak fiza ye adik2. Bye.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAYANG KORANG

Terima kasih kerana sudi singgah di blog fiza. Jangan lupa follow fiza ye nanti fiza akan follow korang balik. Jangan lupa juga untuk tinggalkan komen-komen korang disini. Jumpa lagi .....